Tuesday, May 30, 2017

Trip to Georgetown dan Batu Ferringhi, Penang 4D3N (Day 3 - Day 4)

Assalam,

Sambungan dari SINI....

Ok ini kisah hari ke-3 dan ke-4 di penang. Badan letih juga tapi gagahkan juga sebab banyak lagi tempat menarik nak kena pergi ni. Seawal 8 pagi kami breakfast di Transfer Road. Harga memang aku dah lupa. Tapi jangan risau, memang berpatutan. 


Sentiasa Full. Kami dengan Famili akak ipar pun duduk asing sebab grab je mana yang bangun.


Ok. Ni antara makanan yang kami order, mula-mula, 3 keping roti canai, lepas tu laki aku tambah lagi 4 keping. hehe. Ayam Ros dia memang sedap woo, 5*****. Recommended.

Kemudian kami meneruskan perjalanan menuju ke Street Art Penang. Kebanyakan art ini dilukis oleh Lithuanian artist Ernest Zacharevic. Street Art ni bukan setempat ye kawan-kawan. Anda perlu menapak sikit. (Banyak jugaklah). Kami diberi map oleh seorang Uncle berketurunan Cina yang membuka kedai basikal masa kami jumpa tempat ni:





1st picture found! The most famous Ernest Zacharevic's painting.

Map tu tertera semua art yang ada di kawasan Street Art ni. So memudahkan sangat proses kami nak cari art-art yang lain, Dalam masa kami jalan-jalan cari art tu, ada beberapa orang yang approach kami dan promote perkhidmatan mereka iaitu; bawa kami ke semua art tu dengan basikal yang ala-ala beca. Tapi memang cun lah mereka hias basikal tu. 

Tapi kami tak guna pun service dieorang sebab laki aku kata, kita dah ada map, then cari je sendiri. takdelah susah sangat pun, cuma bila bawa bidak-budak ni, pening sikit sebab kejap-kejap naik kete, turun, naik kete turun. hihi.

'Man on Bike'

Yang ni aku tak sure sama ada Ernest Zacharevic yang lukis atau tidak.

Banyak lagi gambar kat Street Art ni, jangan lupa bawa power bank siap2 ye. Kemudian kami meneruskan perjalanan ke Batu Feringghi yang jauhnya hanya kira2 setengah jam dari Georgetown.

Dalam perjalan kami singgah makan di sebuah warung tepi laut. Rapat sangat warung tu dengan laut dan jalan besar. Ngeri jugak masa nak parking, yelah kenderaan semua laju2 kan. 

Kami sampai Hotel kira2 jam 1.30 tghari, lepas check in dan sembahyang, kami meneruskan perjalan ke Hutan...... 

Kemudian kami lepak kat Hotel. Seberang hotel ni masjid, so senanglah abah dan suami nak jemaah, azan pun jelas. 

Malam kami dinner kat food court depan Hard Rock Hotel. Bukan dalam Hard Rock Hotel. Hihi.

Plan nak pergi Night Market tapi hujan lebat selebat-lebat tidak. Maka kami terpaksa batalkan niat. Huhu.

Esoknya Dalam jam 7 lebih kami breakfast kat Hotel. Tak banyak pilihan. Roti bakar dan sosej je. Anak aku suka nasi, so memang tak cukuplah takat roti dan sosej je. Laki aku beli nasi lemak depan Hotel ni. 

Lepas tu kami walking2 tepi laut. Seronok juga ada kuda you

Nanti aku update lagi ye. K bye.



Contact Form

Name

Email *

Message *